TERMA DAN SYARAT PERSETUJUAN
PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH
Jemaah adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma dan syarat ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh syarikat.
Sebaik sahaja jemaah membayar wang ansuran pertama dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan syarikat, maka dengan itu jemaah telah terikat melalui kontrak dengan SAAG TRAVEL & TOURS SDN. BHD. dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini.
- BAYARAN DEPOSIT
- Deposit RM 1,000.00 dan borang yang lengkap perlu dihantar ke syarikat atau email ke sales@saagtravel.com.my selewat-lewatnya TIGA (3) bulan sebelum tarikh berlepas.
- Dokumen visa yang lengkap dan pembayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya DUA (2) bulan sebelum berlepas. Kegagalan untuk menyelesaikan pembayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran secara automatik.
- Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan dan pelucutan deposit.
- CAJ PINDAAN
Apabila pengesahan telah dibuat, apa-apa perubahan yang ingin dibuat oleh jemaah kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM 50.00 seorang bagi setiap perubahan. Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti ditakrifkan dalam dasar pembatalan Akta Industri Pelancongan 1992; Jadual Keempat; Fasal 3.2.1 dan 3.2.2.
Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana jemaah untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.
- CAJ PEMBATALAN
Segala pembatalan pada wang deposit hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh DUA (2) bulan sebelum tarikh berlepas dan caj penalti akan dikenakan sebanyak RM 300.00 sebagai caj pengurusan atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:
PEMBATALAN DITERIMA | CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG |
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Perlucutan deposit pelancongan |
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
Dasar pembatalan tiket syarikat penerbangan hendaklah digunapakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti dinyatakan dalam Akta Industri Pelancongan 1992; Jadual Keempat; Fasal 3.2.2 seperti di dalam jadual di atas. (Catatan : Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko jemaah sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa permasalahan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung).
Pembatalan yang dibuat atas sebab kematian/kemalangan hendaklah bernotis. Jumlah pemulangan adalah bergantung kepada syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan yang terlibat dan dikenakan caj pengurusan.
Lain-lain caj tambahan jika perlu:
- Bayaran visa penuh sekiranya permohonan dan bayaran visa telah dibuat (caj bergantung pada harga visa).
- Bayaran RM 150.00 dikenakan sekiranya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
- Perlucutan deposit RM 500.00 sekiranya bayaran deposit tempahan tiket telah dilakukan.
Bagi jemaah yang membuat pembatalan pakej 45 hari sebelum berangkat, dan jika sebelum tempoh tersebut; penukaran nama jemaah dibenarkan, tetapi tuntutan bayaran balik adalah tidak dibenarkan (non-refundable).
- PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
Pihak syarikat berhak membatalkan penerbangan/pakej yang ditawarkan atas sebab tertentu seperti visa, penerbangan, malapetaka, rusuhan, peperangan, mogok, bencana alam, dan di atas arahan Kerajaan Malaysia, atau apa-apa perkara yang di luar bidang kuasa syarikat. Pihak syarikat boleh mengesyorkan tarikh perjalanan baru, tetapi jika tidak diterima; wang pengembalian adalah bergantung kepada kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan serta di atas budi bicara syarikat.
Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar.
- BUTIRAN JEMAAH
Semasa penempahan pakej, semua butiran dan maklumat yang diberikan oleh jemaah kepada syarikat adalah butiran dan maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan tempahan pakej jemaah. Jemaah dikehendaki menyemak semua butiran dan maklumat yang diberikan sebelum membuat bayaran deposit dan menandatangani persetujuan tempahan pakej dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua butiran dan maklumat yang diberi dianggap benar dan muktamad. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat daripada kesilapan butiran dan maklumat peribadi yang diberi jemaah.
Jemaah bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tahap kesihatan jemaah kepada syarikat sebelum membuat tempahan. Syarikat berhak menolak tempahan jemaah sekiranya tahap kesihatan jemaah didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri jemaah atau anggota lain dalam kumpulan.
Sekiranya memerlukan bantuan disebabkan masalah kesihatan, maka jemaah diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu jemaah sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda atau ubat-ubatan jemaah. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga jemaah secara peribadi dan sekiranya perlu syarikat berhak untuk mengenakan bayaran tambahan kepada jemaah untuk mengupah pihak ketiga bagi menjaga jemaah.
- DOKUMEN PERJALANAN
Adalah menjadi tanggungjawab jemaah untuk menyediakan segala dokumen perjalanan (pasport dan dokumen perjalanan yang diiktiraf bagi tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal; perakuan vaksin dan kesihatan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa negara yang hendak dilawati) yang diperlukan oleh pihak syarikat bagi tujuan permohonan visa atau lain-lain tujuan perjalanan.
Caj perkhidmatan dan fi visa adalah ditanggung sepenuhnya oleh jemaah. Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas fi pentadbiran akan dibayar balik.
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana jemaah tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
- MAKLUMAT LAWATAN DAN HARGA PAKEJ
Harga semua pakej yang ditawarkan oleh syarikat adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR yang sering berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain mata wang berkaitan, maka harga pakej yang ditawarkan oleh syarikat juga boleh berubah mengikut kadar nilai mata wang MYR semasa berbanding nilai mata wang asing tersebut.
Harga yang dinyatakan adalah secara berkumpulan. Segala perubahan kepada tarikh penerbangan yang tidak mengikut kumpulan akan dikenakan caj tambahan. Sebarang perubahan perjalanan atau perubahan tarikh perjalanan oleh penumpang adalah di atas risiko sendiri. Syarikat atau ejen terlibat tidak akan bertanggungjawab di atas kesulitan dan bayaran lebihan yang dikenakan.
Semua harga adalah tertakluk kepada perubahan seperti kenaikan harga tambang kapal terbang, cukai tambang, caj bahan api (kapal terbang), kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan lain-lain. Oleh hal itu, syarikat berhak untuk mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum tarikh penerbangan kepada jemaah.
Tiada sebarang pemulangan wang akan diberikan bagi penerbangan, penginapan, makanan, ziarah atau lain-lain servis yang dinyatakan dalam pakej tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab tersendiri.
- HARGA PAKEJ ADALAH TERMASUK:
- Tiket kapal terbang pergi balik kelas ekonomi (KLIA).
- Cukai lapangan terbang
- Penginapan hotel, berdasarkan: 4 orang sebilik, 3 orang sebilik, 2 orang sebilik atau bilik seorang (bergantung pada pakej pilihan jemaah dan harga berbeza bergantung kepada dasar bilik).
- Menguruskan permohonan Visa Pelancong bagi warganegara Malaysia (Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi).
- Pengangkutan, makan dan minum, ziarah dan perkara lain serta ibadah umrah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
- Perlindungan Insurans Takaful berkelompok (umrah) bagi jemaah berumur di bawah 65 tahun pada hari penerbangan.
- Wakil syarikat (dari Malaysia) yang mengiringi dan Mutawwif/ Mutawwifah (di Madinah & Mekah) untuk membimbing jemaah bagi mengerjakan umrah dan lawatan.
- Set Bagasi Eksklusif SAAG Travel & Tours, beg sandang, beg kasut, Buku Panduan Umrah, dan Buku Perjalanan Umrah.
- Lima (5) liter air zam-zam (Penggunaan visa umrah sahaja yang dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi (*Tertakluk kepada syarat dan ketentuan oleh Kerajaan Arab Saudi) (**Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia).
- HARGA PAKEJ ADALAH TIDAK TERMASUK:
- Perkhidmatan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
- Bayaran lebihan timbangan bagasi.
- Tiket penerbangan domestik atau pengangkutan darat dari negeri tempat tinggal pemohon ke KLIA/KLIA2.
- Proses mengendors dokumen permohon di jabatan pendaftaran dokumen (JPN/Jabatan Agama/dll) dan Kementerian Luar Wisma Putra.
- Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
- Dobi, Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim, Lawatan pilihan, perbelanjaan peribadi, sim kad telefon, dan semua perkara persendirian.
- Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di Tanah Suci (Jemaah perlu menjaga beg dan barangan peribadi masing-masing semasa di dalam perjalanan dan di Tanah Suci).
- Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
- Sebarang perubahan kadar mata wang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
- PERKHIDMATAN PAKEJ YANG TIDAK DIGUNAKAN
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.
- BAGASI
Syarikat penerbangan memperuntukkan elaun bagasi percuma bagi setiap penumpang. Berat bagasi berbeza bagi syarikat penerbangan. Sekiranya berlaku lebihan bagasi, caj lebihan adalah harus dibayar oleh jemaah.
- HOTEL PENGINAPAN
Hotel penginapan adalah berdasarkan: 4 orang sebilik, 3 orang sebilik, 2 orang sebilik atau bilik seorang dan ia bergantung pada pakej pilihan jemaah dan harga pakej berbeza bergantung kepada dasar bilik. Jarak dan taraf bintang hotel penginapan yang dilampirkan di dalam mana-mana iklan oleh syarikat adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak hotel sekadar rujukan sahaja. Taraf bintang hotel mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Polisi mengenai waktu Daftar Masuk (check-in) dan Daftar Keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza-beza mengikut polisi hotel berkenaan.
Syarikat berhak mengubah hotel penginapan dari hotel penginapan yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan syarikat kepada hotel penginapan yang lain di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan pemakluman notis awal kepada jemaah sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk hotel. Syarikat akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan yang setaraf dengan hotel penginapan asal.
- ATURCARA PAKEJ
Walaupun syarikat berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, namun syarikat tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Jemaah adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej yang dipilih.
Aturcara perjalanan pakej yang diberikan kepada jemaah adalah sekadar rujukan sahaja. Aturcara perjalanan yang sebenar mungkin tidak sama mengikut urutan seperti yang dilampirkan atas sebab perubahan cuaca, keadaan trafik semasa lawatan dan juga kerana keadaan yang di luar kawalan syarikat seperti tidak mendapat keizinan lawatan oleh pemerintah negara dilawati atau lain-lain sebab yang membuatkan jadual perjalanan mengalami perubahan. Syarikat akan memaklumkan kepada jemaah sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku di dalam aturcara perjalanan.
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan tempat ziarah, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat akan mengambil alternatif lain bergantung kepada keadaan tempatan.
- HAK MENOLAK TEMPAHAN
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan; atau tempahan yang telah dibuat oleh jemaah; atau untuk enggan menerima; atau mengekalkan jemaah menjadi anggota pelancongan sekiranya jemaah didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu.
Syarikat juga berhak membatalkan tempahan sekiranya hotel, pengangkutan, atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana jemaah menyertai pakej itu. Jika berlaku keadaan sedemikian, pihak syarikat akan memulangkan semula kepada jemaah wang yang telah dibayar setelah ditolak jumlah perkhidmatan yang telah digunakan.
- TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
Syarikat dan ejen berdaftar akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam broshur syarikat. Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam broshur iklan.
Syarikat tidak dapat memastikan sebarang promosi yang dibuat oleh ejen secara persendirian dan tidak bertanggungjawab atas kesahihan maklumat tersebut. Syarikat berhak menolak sebarang informasi yang dibuat oleh ejen tanpa sebab.
- PEMBAYARAN
Segala pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit), bayaran ansuran atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain hendaklah di bayar terus kepada akaun syarikat :
BANK : | MAYBANK |
NAMA : | SAAG TRAVEL & TOURS SDN. BHD. |
NOMBOR AKAUN : | 5623 5751 6553 |
BANK : | BANK ISLAM |
NAMA : | SAAG TRAVEL & TOURS SDN BHD |
NOMBOR AKAUN : | 1213 1010 0178 36 |
BANK : | AL RAJHI BANK |
NAMA : | SAAG TRAVEL & TOURS SDN BHD |
NOMBOR AKAUN : | 12900 10806 54799 |
Sila emailkan salinan slip bayaran kepada operation@saagtravel.com.my. Syarikat akan mengeluarkan resit/invois bayaran selepas pengesahan bayaran diperolehi (dalam masa tujuh (7) hari bekerja).
Pembayaran tidak boleh dilakukan terus kepada ejen-ejen secara tunai atau perbankan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon membuat sebarang bayaran ke mana-mana akaun lain selain daripada akaun syarikat yang dinyatakan.
Sekiranya jemaah membuat bayaran menggunakan draft bank atau cek persendirian, syarikat berhak menahan penempahan pakej dan resit/invois pengesahan bayaran sehingga bayaran penuh dilaksanakan. Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pakej yang ditempah jemaah habis dijual berikutan kelewatan pembayaran pemohon yang dibuat melalui draft bank atau cek persendirian.
Syarikat juga berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian atau draft bank sekiranya pembayaran yang dibuat oleh jemaah adalah hampir dengan tarikh penerbangan dan memerlukan bayaran segera.
SYARAT TAMBAHAN UMRAH NORMA BAHARU
Dengan tertakluknya Terma dan Syarat ini :
- Jemaah bersetuju untuk tidak melakukan apa-apa tuntutan pampasan bayaran balik pakej tersebut kepada agensi pelancongan sekiranya berlaku penutupan sempadan sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Arab Saudi atau sebarang halangan yang di luar jangka (seperti COVID-19, bencana alam dan sebagainya) atau kemalangan yang menjejaskan perjalanan pakej yang telah dibayar oleh jemaah.
- Jemaah juga bersetuju untuk tidak melakukan apa jua tuntutan di mana-mana Mahkamah Perundangan yang terdapat di Malaysia atau mana-mana Firma Perundangan.
- Jemaah bersetuju untuk tidak mengambil apa jua tindakan ke atas agensi pelancongan sekiranya berlaku apa jua permasalahan di Tanah Suci, termasuk sekiranya ditimpa musibah, kemalangan atau sebarang kesulitan ketika di Tanah Suci.
- Jemaah juga disarankan untuk sentiasa menjaga Garis Panduan (S.O.P) Ketika berada di Malaysia mahupun di Tanah Suci seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Kerajaan Arab Saudi bagi mengurangkan dan mengekang risiko jangkitan COVID-19.
TERMA PERMOHONAN VISA
- Permohonan visa mengikut pakej adalah menggunakan Visa Pelancong (Visa Tourist). Namun, jemaah boleh memilih untuk menggunakan Visa Umrah dengan caj tambahan.
- Kelulusan permohonan Visa adalah tertakluk di bawah pengurusan Kerajaan Arab Saudi dan bukan di bawah bidang kuasa pihak syarikat.
- Sekiranya permohonan visa ditolak (Rejected) oleh Kerajaan Arab Saudi, pihak Kerajaan Arab Saudi tidak akan membuat pemulangan wang (Refund) untuk pembayaran yang telah dijelaskan.
- Pihak syarikat tidak bertanggungjawab kepada sebarang sebab penolakan visa oleh Kerajaan Arab Saudi serta caj yang telah hangus apabila semua dokumen yang diperlukan telah dikemukakan.
- Sebarang bayaran tambahan untuk permohonan visa baru (alternatif : Visa Umrah atau Visa On Arrival) haruslah ditanggung sepenuhnya oleh Jemaah seperti ditakrifkan dalam Akta Industri Pelancongan 1992; Jadual Keempat; Fasal 5.3 dan 5.5.